fb fb fb fb fb

Fahmi tarik diri dari calon Presiden KLFA

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil / Foto Bernama

PUTRAJAYA, 28 Ogos - Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil mengumumkan bahawa beliau menarik diri daripada bertanding jawatan Presiden Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA).

Beliau berkata keputusan itu dibuat susulan keputusan Jemaah Menteri yang tidak membenarkan Menteri atau Timbalan Menteri memegang sebarang jawatan presiden persatuan sukan.

"Berkuat kuasa serta-merta, saya menarik diri daripada bertanding sebagai calon Presiden KLFA. Saya juga telah berhubung dengan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin untuk mendapatkan nasihat dan panduan.

"Saya percaya urusan pemilihan KLFA boleh dirujuk kepada pihak KLFA kelak," katanya pada sidang media di sini.

Jumaat lepas, Fahmi telah menawarkan diri untuk bertanding jawatan tersebut pada kongres pemilihan jawatankuasa persatuan KLFA.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN