fb fb fb fb fb

TCR 2024: Nikmati keindahan alam selain bersukan

FOTO FAIL

LANGKAWI, 8 September - Tuba Cross Run 2024 (TCR 2024) dianjurkan antaranya bagi menerapkan nilai berkomuniti dan bersukan dalam kalangan masyarakat.

Menurut Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) Wan Kamarul Faizal Wan Kamardin, seramai 368 orang menyertai kejohanan yang julung kali dianjurkan itu.

Kejohanan itu terbahagi kepada dua kategori iaitu 10 kilometer dan lima kilometer dan ia merupakan anjuran bersama-sama LADA dan Sekolah Kebangsaan Pulau Tuba.

Beliau berkata, selain menyertai cabaran dalam kejohanan itu, para peserta juga dapat menyaksikan keindahan yang terdapat di pulau tersebut.

"Dilaksanakan di Pulau Tuba mempunyai keunikan kampung tradisi dan landskap yang menarik dan melalui kawasan-kawasan yang unik seperti sawah padi luas terbantang, ada kerbau dan sebagainya keunikan yang tidak terdapat ditempat lain," kata Wan Kamarul.

Beliau berkata demikian selepas majlis penyampaian hadiah sempena TCR 2024 di Pulau Tuba, di sini.

Pada kejohanan itu Adi Azri dinobatkan pemenang bagi kategori terbuka lelaki manakala Joanne Marie Frances Cunningham bagi kategori terbuka wanita.

Selain itu, Pulau Tuba merupakan Kampung Angkat Madani Kementerian Kewangan dan LADA selaku agensi pelaksana bagi aktiviti di pulau tersebut.

TETITIA YUSOFF