fb fb fb fb fb

Tarikan sukan pelancongan terbaharu di Langkawi

Pegawai Daerah Langkawi, Mohamad Subhi Abdullah /Foto RTM

LANGKAWI, 10 November - Simulator golf yang disokong oleh kecerdasan buatan (AI) menjadi tarikan pelancongan terbaharu di Langkawi.

Pegawai Daerah Langkawi, Mohamad Subhi Abdullah berkata, tarikan itu menjadi nilai tambah kepada sukan pelancongan di pulau peranginan berkenaan.

Menurutnya, produk berkenaan juga akan memberi impak positif kepada Kempen Tahun Melawat Kedah 2025 yang bermula Januari 2025.

Jelasnya, permainan interaktif itu akan memberikan pengalaman baharu kepada peminat sukan tanpa mengira lapisan umur.

"Seolah-olah kita berada di padang golf yang sebenar dan kita oleh pilih lapangan golf mana yang kita nak bukan sahaja di Malaysia tapi juga di serata dunia.

"Jadi walaupun kita amatur tapi kita oleh bermain di padang golf yang professional," katanya ketika ditemui pada pembukaan Trackman Golf Simulator (TSG) di Pantai Tengah Langkawi.

Permaianan interaktif TSG adalah teknologi dari Denmark yang mempunyai 362 padang golf dari seluruh dunia.

Trainee