fb fb fb fb fb

Tajikistan, Lubnan dan Filipina sah penyertaan Pestabola Merdeka

Grafik FAM Pestabola Merdeka

KUALA LUMPUR, 1 Julai - Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengumumkan tiga pasukan iaitu Tajikistan, Lubnan dan Filipina akan menyertai Malaysia dalam kejohanan Pestabola Merdeka 2024, September depan.

FAM menerusi kenyataan hari ini berkata perlawanan akan berlangsung di antara 2 hingga 10 September di Stadium Nasional, Bukit Jalil seperti dalam Kalendar Perlawanan Antarabangsa FIFA.

"Ini kali pertama Pestabola Merdeka berjaya dianjurkan secara berturut-turut selepas tempoh 16 tahun. Kali terakhir ia diadakan berturut-turut pada 2006, 2007 dan 2008 sebelum ia diadakan pada 2013 dan kembali selepas 10 tahun penganjurannya pada edisi tahun lalu, 2023.

"FAM berharap penyokong Harimau Malaya dapat bersama memeriahkan lagi pertandingan Pestabola Merdeka 2024 dengan hadir ke Stadium Nasional memandangkan Edisi Ke-43 ini berlangsung ketika Bulan Kebangsaan iaitu selepas Hari Kebangsaan pada 31 Ogos dan menjelang Hari Malaysia pada 16 September," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Tajikistan muncul juara Pestabola Merdeka 2023 selepas menewaskan Malaysia 2-0 berada di ranking 102 dunia.

Manakala Lubnan dan Filipina masing-masing menghuni tangga ke-117 dan 147 dunia.

"Tajikistan yang juga pasukan pengganti selepas Lubnan menarik diri, layak ke final secara 'bye' selepas lawan mereka di separuh akhir," katanya.

Menurut FAM, Palestin juga terpaksa menarik diri kerana tidak dapat terbang ke Kuala Lumpur susulan situasi tegang di negara berkenaan ketika itu.

Tarikh majlis undian Pestabola Merdeka Edisi Ke-43 itu akan dimaklumkan kemudian.

GRACE AISYAH KEDAYAN