fb fb fb fb fb

Olimpik Paris 2024: Betrand, Nur Shazrin sebagai pembawa bendera - MOM

Foto FB MOM

KUALA LUMPUR, 1 Julai- Atlet terjun, Bertrand Rhodict Lises dan atlet pelayaran, Nur Shazrin Mohamad Latif diberi penghormatan sebagai pembawa bendera Malaysia pada upacara pembukaan temasya Olimpik Paris 2024.

Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tan Sri Mohamad Norza Zakaria dalam satu kenyataan berkata mereka mewakili atlet yang membuat penampilan sulung dan berpengalaman.

Bertrand, atlet kelahiran Sarawak berusia 19 tahun akan buat penampilan sulung di temasya itu selepas menjadi atlet Malaysia pertama yang layak secara merit.

Bagi pelayar kelahiran Johor, Nur Shazrin, ia adalah penampilan ketiganya selepas Rio 2016 dan Tokyo 2020.

Setakat hari ini, kontinjen Malaysia bakal dibarisi 25 atlet daripada lapan sukan berbeza.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM