fb fb fb fb fb

Tahniah! Sarawak lepasi sasaran 70 pingat emas

SUMBER THE OFFICIAL WEBSITE OF SUKMA SARAWAK 2024

KUCHING, 23 Ogos- Sasaran 70 pingat emas berjaya dicapai tuan rumah Sarawak pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 edisi ke-21 yang akan melabuhkan tirai esok.

Ketika ini Sarawak telah mengumpul 72 emas untuk kekal sebagai pendahulu SUKMA 2024.

Tuan rumah bagaimanapun dijangka berdepan cabaran sengit daripada Wilayah Persekutuan yang berada di kedudukan kedua dengan 69 pingat emas.

Ia diikuti Selangor dengan 51 pingat emas, Terengganu (38), Pulau Pinang (35), Johor (33), Perak (29), Sabah (24), Pahang (20), Negeri Sembilan (17), Melaka (16), Kedah (15), Perlis (12), Kelantan (tujuh) dan kontinjen jemputan Brunei (dua).

Beberapa acara akhir akan berlangsung esok dengan 45 pingat emas menjadi rebutan.

SITI AISHAH MD ISA