fb fb fb fb fb

SUKMA 2024: W.Persekutuan bolot emas beregu ping pong

Pemain ping pong beregu Wilayah Persekutuan wanita dan lelaki

KUCHING, 23 Ogos- Saingan sukan ping pong di Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak 2024 menyaksikan Wilayah Persekutuan menambah dua lagi koleksi pingat emas menerusi acara beregu lelaki dan wanita hari ini.

Beregu wanita menyaksikan pasangan Jing Shuen Lim dan Li Ying Im berjaya meraih pingat emas selepas menewaskan Lee Peng Look dan Xi Qian Lim dari Pulau Pinang dengan keputusan 3-2.

Momentum kecemerlangan diteruskan oleh beregu lelaki Wilayah Persekutuan, Yee Jat Lee dan Yi Heng Tang menewaskan Caleb Zi An Hong dan Jin Zhen Im juga dari Wilayah Persekutuan dengan keputusan 3-0.

"Kami bekerja keras untuk persediaan SUKMA kali ini. Mereka berlawan, main dengan sangat bagus... jadi kemenangan ini memang mengembirakan," Foh Zheng Liu, jurulatih beregu lelaki.

"Saya sangat gembira dengan keputusan ini dan kami juga tidak jangka meraih pingat emas kerana ramai lawan yang hebat. Sepanjang saingan kami hanya fokus untuk mendapatkan kemenangan dalam semua perlawanan," Yi Heng Tang, pemain ping pong beregu lelaki.

SITI AISHAH MD ISA