fb fb fb fb fb

SUKMA 2024: Umar Osman cipta rekod baharu larian 800m

Umar Osman mendahului pelari-pelari lain dalam acara 800 meter

KUCHING, 23 Ogos- Pelari kebangsaan, Umar Osman yang mewakili Johor terus mencipta sensasi di Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak 2024 apabila meraih pingat emas 800 meter dengan rekod baharu temasya.

Atlet berusia 20 tahun itu menamatkan saingan tersebut dengan catatan masa 1 minit 51.19 saat sekali gus melebur rekod temasya lepas.

"Alhamdulilah saya mampu bantu Johor untuk dapatkan empat emas dan tiga rekod. Sangat lega selepas penat lelah, kerah tenaga selama lima hari. Saya sangat bersyukur," katanya kepada pemberita di sini.

Sebelum ini rekod SUKMA acara tersebut dipegang oleh G.Ampumani 1 minit 52.35 saat yang dilakukan pada edisi 1992 di Johor.

SITI AISHAH MD ISA