(Pemain boling remaja kebangsaan, Syabil Azam / Foto MTBC)
BANGKOK, 20 Ogos- Pemain muda negara, Syabil Azam Syamsul Azam terpaksa berpuas hati dengan pingat perak dalam acara Masters lelaki pada hari terakhir Kejohanan Boling Remaja Asia ke-21, pada Jumaat.
Dalam perlawanan akhir stepladder di gelanggang Blue-O Rhythm dan Bowl, Syabil Azam merakamkan 416 jatuhan pin manakala pingat emas menjadi milik pemain Taiwan, Lan Shao Kang selepas melakukan balingan 447 jatuhan pin.
Terdahulu, Syabil Azam mara ke final dengan menyingkirkan wakil Taiwan, Cheng Shao Hua, 217-213.
Sementara itu, dalam acara remaja wanita, tiada wakil Malaysia layak ke final stepladder dengan Adania Redzwan, Nur Aqila Aini Faiz dan Anis Hannani Romzi menamatkan saingan masing-masing di tempat kesembilan, 12 dan ke-13. -BERNAMA
(Pingat emas dan gangsa diraih wakil Taiwan manakala perak menjadi milik Syabil Azam / Foto MTBC)