fb fb fb fb fb

Super GT Malaysia labuh tirai

Perlumbaan Super GT Malaysia Round 3 melabuhkan tirainya hari ini

SEPANG, 28 Jun - Hampir 50,000 peminat sukan permotoran memeriahkan suasana di Litar Antarabangsa Sepang untuk menyaksikan perlumbaan Super GT Malaysia Round 3 yang melabuhkan tirainya hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Litar Antarabangsa Sepanng (SIC), Azhan Shafriman Hanif menyifatkan penganjuran semula perlumbaan berprestij itu sebagai pencapaian besar, memandangkan kali terakhir ia diadakan di Malaysia adalah pada tahun 2016.

2806 SKN SUPER GT MSIA LABUH TIRAI 3Kali terakhir Super GT diadakan di Mlayasia pada 2016

“Alhamdulillah, saya sangat gembira dengan keputusannya. Acara Super GT ini memang antara acara yang dinanti-nantikan.

"Kali terakhir kita adakan ialah pada 2016, jadi saya sangat teruja melihat sambutan luar biasa hujung minggu ini,” katanya kepada media selepas perlumbaan.

Beliau turut memuji usaha penganjur utama, Haro Motorsports, yang berjaya menggabungkan elemen perlumbaan dan kebudayaan melalui Festival Nihon Matsuri, menjadikan acara ini bukan sahaja medan sukan permotoran, malah festival keluarga yang meriah.

“Gabungan Super GT dan Festival Nihon Matsuri sangat berjaya. Malam ini juga kita ada konsert GT Live dengan penyertaan artis tempatan dan antarabangsa. Ini semua menambah nilai kepada pengalaman peminat,” katanya.

Kejohanan kali ini turut memberi peluang kepada pelumba tempatan untuk menyerlah dalam kategori seperti JR86 dan Vios Challenge, sekali gus membuktikan kewujudan bakat pelapis negara yang mampu diketengahkan ke peringkat lebih tinggi.

“Saya lihat ramai pemandu muda berbakat yang menyertai perlumbaan kali ini. Mereka ini bakal pelapis untuk kategori wildcard tahun depan, termasuk GT300 dan GT500. Harapan saya, mereka dapat jadi wira negara yang mengisi kerusi wildcard itu,” jelas beliau.

2806 SKN SUPER GT MSIA LABUH TIRAI 4Kejohanan kali ini turut memberi peluang kepada pelumba tempatan

Kemeriahan sambutan perlumbaan kali ini turut memberi beliau keyakinan terhadap masa depan sukan permotoran tanah air.

“Masa depan sukan permotoran di Malaysia sangat cerah. Kita ada banyak bakat yang hanya perlukan platform seperti ini untuk menonjol di peringkat antarabangsa,” katanya.

Sementara itu, saingan pada hari terakhir menyaksikan Deloite's Tom's GR Supra mengungguli acara utama iaitu GT500.

2806 SKN SUPER GT MSIA LABUH TIRAI 1Pasukan Deloite's Tom's GR Supra ungguli acara utama iaitu GT500

Kombinasi Ukyo Sasahara dan Giuliano Alesi menamatkan 55 pusingan dengan mencatatkan 1 jam 48 minit 01.698 saat untuk berada di podium pertama.

Acara GT300 pula menyaksikan UPGARAGE AMG GT3 yang dibarisi pelumba Jepun, Takashi Kobayashi dan Yuto Nomura dengan catatan masa 1 jam 49 minit 02.023 saat.

Manakala, jentera Porsche GT3 611 dan Aston Martin GT3 333 yang dipandu pelumba negara mewakili pasukan EBM Giga Racing masing-masing mengakhiri saingan ke 17 dan 19.

MUHAMMAD APENDY BIN ISSAHAK