SHAH ALAM, 20 Februari- Selangor membuat ketetapan bahawa sepanjang temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 tidak akan ada sebarang unsur unsur negatif yang akan mencemarkan perjalanan temasya itu.
Exco Belia dan Sukan Mohd Najwan Halimi berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan semua pihak berwajib bagi mengelakkan insiden seperti di acara anugerah muzik yang berlangsung baru-baru ini tidak berlaku.
"Jadi untuk Selangor kita tidak menyokong serta konsisten, tegas dan komited untuk memastikan sebarang bentuk, elemen ataupun normaliasi kepada fahaman dan budaya LGBT daripada berlaku.
"Kita akan bekerjaasama dengan pelbagao agensi dan insya-Allah semasa penganjuran kita pada SUKMA 2026 nanti perkara ini tidak akan berlaku," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan soalan tambahan Ahli Dewan Negeri (ADUN) Sri Serdang Abbas Salimin berhubung pendirian kerajaan negeri berhubung dalam memastikan SUKMA 2026 tidak dipengaruhi unsur negatif dan acara persembahan hiburan semasa temasya sukan itu terkawal.
Sementara itu, beliau berkata, tiada lokasi utama merupakan cabaran dalam penganjuran SUKMA Selangor, berikutan Stadium Shah Alam dijangka siap pada pertengahan 2027.
"Dalam mengatasi cabaran tersebut, lokasi-lokasi pertandingan telahpun dikenal pasti dan ia masih boleh digunakan bagi memastikan temasya berlangsung dengan jayanya.
"Tiada keperluan untuk membina infrastuktur sukan yang baru dan ia dilihat lebih efisyen dan lebih penjimatan. Semua lokasi pertandingan hanya akan dinaik taraf dan diperbaiki bagi memastikan ia mengikut standard yang telah ditetapkan," katanya.