fb fb fb fb fb

SUKMA 2024: Selangor, W. Persekutuan sumbang emas acara kumite

(Foto kiri) G. Srikah (dua kiri) menjuarai acara kumite wanita individu 55kg . (Foto kanan) Danesh Asyraf Muhammad Nazri (dua kiri) menjuarai acara sama bagi kategori lelaki

KUCHING, 17 Ogos- Atlet karate wanita Selangor, G. Srikah mencipta sensasi apabila menghadiahkan pingat emas dalam acara kumite wanita individu 55 kilogram (kg) Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak 2024 hari ini.

Srikah cemerlang apabila tidak berdepan masalah untuk menewaskan lawan dari Sabah, Adeola Fay Robert yang meraih pingat perak. Pingat gangsa bersama menjadi milik Fatin Najihah Baharuddin dari Terengganu dan R. Diviyah dari Wilayah Persekutuan.

Sementara itu, pingat emas kategori lelaki menjadi milik Danesh Asyraf Muhammad Nazri dari Wilayah Persekutuan.

Lebih manis ia adalah pingat emas pertama diraih atlet tersebut dalam penyertaan SUKMA pertamanya.

Danesh meraih pingat emas selepas berjaya menewaskan Awangku Ahmad Munib Aiman Mohd Hasimudin dari Brunei Darussalam.

Dalam pada itu, pingat gangsa bersama menjadi milik Daniel Goria dari Johor dan B. Jeevesh dari Selangor.

SITI AISHAH MD ISA