fb fb fb fb fb

SUKMA 2024: Sarawak terus beraksi cemerlang

Setakat hari ini, 11 pingat emas telah diraih Sarawak pada saingan akuatik melibatkan sukan terjun dan renang.

KUCHING, 21 Ogos- Sarawak terus konsisten mengekalkan status sebagai pendahulu keseluruhan pada SUKMA Sarawak 2024.

Menerusi laman web SUKMA Sarawak 2024, Sarawak memperoleh 54 pingat emas ketika ini, sekali gus menghampiri sasaran 70 seperti yang disasarkan.

Setakat hari ini, 11 pingat emas telah diraih Sarawak pada saingan akuatik melibatkan sukan terjun dan renang.

Tae kwan do yang berakhir semalam turut menyaksikan Sarawak berjaya mendominasi saingan dengan 11 pingat emas daripada 25 emas dipertandingkan.

Bukan itu sahaja, Sarawak turut mengungguli saingan Muay Thai apabila muncul pendahulu sukan tersebut dengan lima pingat emas.

Pada hari ini, atlet olahraga Sarawak, Jonah Chang Rigan turut cemerlang apabila menambah koleksi pingat emas tuan rumah menerusi acara lempar cakera lelaki.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM