KUCHING, 16 Ogos- Terengganu berjaya mempertahankan pingat emas dalam acara perseorangan wanita Boling Padang pada SUKMA 2024.
Pingat emas diperoleh menerusi Nur Ain Kemilia Sukri dengan keputusan 20-11.
"Saya nekad dapatkan emas untuk Terengganu sebab ini 'last' (akhir) perkhidmatan saya untuk negeri itu," kata Nur Ain Kemilia kepada pemberita di sini.
Pada perlawanan akhir di Arena Boling Padang Sarawak, Kuching hari ini, Nur Ain Kemilia beraksi cemerlang menewaskan atlet Selangor, Nur Najla Damia Mustakim yang meraih pingat perak.
Manakala gangsa menjadi milik atlet Sarawak, Dayang Nur Alia Sharmiela Abang Gadisa.