KUCHING, 16 Ogos- Atlet wushu Sarawak, Stephanie Chai Ern Ngu terus mencipta sensasi pada SUKMA 2024 apabila meraih pingat emas ketiganya, hari ini.
Dalam saingan yang berlangsung di Stadium Wushu Sarawak, Kuching menyaksikan emas ketiga beliau menerusi acara Qiangshu.
Beliau menggunguli acara tersebut selepas mengumpul 9.606 mata dalam saingan akhir manakala pingat perak menjadi milik Lee Cheng Wei dari Wilayah Persekutuan.
Sementara Pingat gangsa menjadi milik atlet Pulau Pinang, Yang Koh Ming.
Sebelum ini atlet berkenaan berjaya meraih emas dalam acara Jianshu semalam dan Changquan pada Rabu.