fb fb fb fb fb

Pochettino kemudi skuad lelaki Amerika Syarikat

Bekas pengurus Chelsea, Mauricio Pochettino /Foto REUTERS

WASHINGTON, 16 Ogos-Bekas pengurus Chelsea, Mauricio Pochettino dilaporkan bersetuju untuk membimbing skuad bola sepak Amerika Syarikat, menurut laporan ESPN pada Khamis.

Laporan ESPN itu turut menyebut pengurus berasal dari Argentina itu berhasrat untuk membawa pasukan Amerika Syarikat (AS) ke Pusingan Akhir Piala Dunia 2026 yang dihoskan secara bersama oleh AS,Mexico dan Kanada.

Ujar ESPN, Pochettino bakal mengemudikan pasukan pada September depan pada perlawanan menentang Kanada di Kansas City.

Ketika ini, skuad bola sepak lelaki AS tidak mempunyai jurulatih selepas Gregg Berhalter dipecat bulan lalu susulan prestasi hambar AS pada kejohanan Copa Amerika menyaksikan pasukan itu tersingkir pada peringkat kumpulan.

Pochettino menyertai Chelsea musim lalu menggantikan Frank Lampard dan dipecat selepas membawa pasukan berkenaan menduduki tangga keenam Liga Perdana Inggeris.-REUTERS

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD