fb fb fb fb fb

Sukma 2024: Kontinjen Pahang tempah slot separuh akhir acara Sofbol

Pasukan Sofbol Lelaki dan Wanita Pahang berjaya menempah slot ke saingan separuh akhir Sukma 2024 di Miri

KUCHING, 17 Ogos - Pasukan Sofbol Lelaki dan Wanita Pahang berjaya menempah slot ke saingan separuh akhir Sukma 2024 di Miri.

Saingan separuh akhir dijadual berlangsung esok.

Dalam pusingan Kumpulan B, Sofbol Lelaki Pahang mengalahkan Negeri Sembilan dengan keputusan 9-1 di Padang Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Miri.

Sementara itu dalam aksi Kumpulan D, Sofbol Wanita Pahang menewaskan Sarawak dengan keputusan 16-10 di Padang SMK Merbau Miri.

Bagi Ketua Jurulatih Sofbol Wanita Pahang, Wan Mohammad Kamal Azman Wan Aziz, pasukannya telah mempamerkan aksi terbaik sepanjang saingan berlangsung.

"Harapan saya untuk sofbol wanita pahang agar meneruskan kecemerlangan kita untuk pusingan yang seterusnya separuh akhir, apa yang kita lihat di sini bermain dengan sangat baik cuma ada beberapa kelemahan yang perlu kita perbaiki sedikit," katanya.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN