fb fb fb fb fb

Sukma 2024: Negeri Sembilan dominasi saingan menembak

Muhammad Haikal Shamsuddin

KUCHING, 17 Ogos - Negeri Sembilan mendominasi saingan menembak dalam acara 10 meter air rifle individu lelaki apabila meraih pingat emas dan perak, hari ini.

Muhammad Haikal Shamsuddin meraih emas manakala Amar Syawal Abdul Mutalib menamatkan aksi dengan pingat perak.

Saingan yang berlangsung di Lapang Sasar Menembak, Petra Jaya menyaksikan dua atlet itu meraih pingat emas dan perak dengan perbezaan 0.4 mata.

Muhammad Haikal yang membuat penampilan kedua pada Temasya Kebangsaan itu berjaya mempamerkan aksi konsisten untuk mara ke saingan akhir sebelum bergelar juara dengan 237.2 mata.

Sementara Amar Syawal mengumpul mata keseluruhan 236.8 mata untuk berada di kedudukan kedua.

Manakala, pingat gangsa menjadi milik atlet dari Perak, Nazirul Iqbal Roszaini yang mengumpul 216.5 mata.

Sementara itu, satu lagi saingan tumpuan yang berlangsung di Lapang Sasar Menembak, Petra Jaya menyaksikan atlet Pahang, Cheah Zen Hong meraih pingat emas acara 25 meter Standard Pistol Lelaki.

Bagi Zen Hong dia amat bertuah kerana mampu meraih pingat emas biarpun baharu kali pertama menyertai acara tersebut pada Sukma.

"Masa menembak itu debaran itu memang ada, saya rasa peluang untuk menang itu realistik cuma saya tidak meletakkan sasasarn sangat dan hanya fokus kepada acara berpasukan dan alhamdulillah ada rezeki saya," katanya.

Atlet berusia 19 tahun itu akan beraksi dalam acara kegemarannya, 10 meter air pistol, esok.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN