KUALA NERUS, 11 Januari - Skuad berbasikal lebuh raya Terengganu menggunakan program latihan yang telah ditambah baik antaranya elemen sains sukan sebagai persediaan menghadapi Sukan Malaysia (SUKMA) di Sarawak Ogos depan.
Beberapa pendekatan baharu diterap termasuk penggunaan teknologi dan aspek pemakanan atlet.
Berbaki kurang 8 bulan lagi, kem berbasikal lebuh raya Terengganu turut menyertai perlumbaan di dalam dan luar negara untuk menimba sebanyak mungkin pengalaman.
SUKMA di Sarawak juga menjadi pentas penampilan terakhir buat kuartet pelumba muda Terengganu yang tekad meraih pingat emas.
Pelumba basikal lebuh raya Terengganu, Muhammad Iqbal Daniel Mohd Nawawi berkata, SUKMA tahun ini merupakan SUKMA yang terakhir buat pasukan mereka.
"Jadi SUKMA dua tahun lepas, pasukan Terengganu bolos pingat emas, jadi SUKMA Sarawak kali ini kami akan buat yang terbaik untuk mendapatkan pingat emas yang lama telah kami idamkan sejak lima tahun lalu," katanya.
Pada temasya 2022, kem berbasikal lebuh raya Terengganu berjaya meraih 6 pingat emas, 6 pingat perak dan 3 pingat gangsa