LONDON, 11 Januari- Liverpool mempamerkan kebangkitan menakjubkan bagi memenangi separuh akhir pertama pada perlawanan menentang Fulham 2-1.
Pada perlawanan yang dilangsungkan di Anfield, pasukan pelawat Fulham terlebih dahulu mencuri tumpuan apabila menjaringkan gol pertama menerusi Wilian.
Namun, pasukan tuan rumah, Liverpool kembali di depan dengan dua gol dalam tempoh tiga minit separuh masa kedua menerusi Curtis Jones dan Cody Gakpo bagi memberi kelebihan buat 'Reds' pada perlawanan timbal balik yang akan diadakan di Craven Cottage pada 24 Januari.
Skuad bimbingan Jurgen Klopp telah ketinggalan dalam 14 perlawanan, namun berjaya bangkit dan menang dalam tujuh perlawanan sebelum ini.-REUTERS