fb fb fb fb fb

Piala Asia : Seri menentang Syria lonjak semangat pemain Harimau Malaya

PASUKAN HARIMAU MALAYA /FOTO FB FAM

KUALA LUMPUR, 11 Januari - Keupayaan skuad Harimau Malaya meraih keputusan seri 2-2 menentang Syria dalam aksi persahabatan pada SELASA membuktikan pasukan kebangsaan mampu menandingi kehebatan pasukan lain.

Keyakinan itu disuarakan pemain pertahanan negara Daniel Ting menjelang kempen Piala Asia 2023 menentang Jordan pada 16 Januari ini.

Menurut Daniel, keputusan seri itu memberi lonjakan motivasi serta keyakinan diri yang tinggi kepada barisan pemain negara, untuk berjuang berhabis-habisan pada aksi di Qatar.

Pemain kacukan Malaysia-England itu berkata pemilihan pemain hampir sama oleh pengendali Kim Pan Gon pada mana-mana kejohanan sebelum ini, memberi impak positif kepada pasukan apabila mereka mempunyai persefahaman yang tinggi antara satu sama lain.

Selepas Jordan, Harimau Malaya dijadual meneruskan aksi Kumpulan E menentang Bahrain pada 20 Januari dan juara dua kali Korea Selatan pada 25 Januari ini.

Berdasarkan format kejohanan hanya juara dan naib juara setiap kumpulan bersama empat pasukan ketiga terbaik akan layak untuk pusingan 16 kejohanan.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD