SINTOK, 19 Julai-Kontinjen Taekwondo Kedah menyasarkan satu pingat emas pada Sukan Malaysia Sukma edisi ke 21 ini di Sarawak bermula 17 hingga 24 Ogos depan.
Jurulatih skuad Taekwondo Sukma Kedah, Shaiful Nizam Sham Ch'ng berkata skuad tersebut membariskan 11 muka baharu dengan sebahagiannya adalah pelajar dari institusi pengajian tinggi awam IPTA dan Politeknik.
"Kami meletakkan satu pingat emas sukma edisi Sarawak ini. Persiapan pun kami telah buat hampir sembilan bulan untuk persediaan para atlet dari segi pemilihan kami pun dah buat pada bulan September tahun lepas melibatkan seluruh atlet Taekwondo Negeri Kedah", katanya demikian ketika ditemui RTM di sini pada sesi perlawanan persahabatan tiga penjuru antara Skuad Sukma Kedah , UUM dan TLDM.
Ujar Shaiful Nizam, dia turut yakin dengan skuad berkenaan berdasarkan pencapaian yang diraih di beberapa enyertaan kejohanan tempatan dan luar yang disertai skuad berkenaan.
Pada kejohanan SUKMA 2018 lalu, skuad Taekwondo Kedah berjaya meraih tiga gangsa.
Tambahnya, saingan sengit pastinya akan diberikan oleh tuan rumah Sarawak,Selangor dan Kuala Lumpur.
Kedah menyadarkan harapan meraih pingat menerusi dua atlet mereka iaitu Amni Mohammad Naqib dan Muhammad Syakir Rodzi yang akan bertanding untuk kategori Finweight 46 kilogram wanita dan 56 kilogram lelaki.