KUALA LUMPUR, 19 Julai-M8 Pushbike dan ZK Racing akan bekerjasama mengadakan perlumbaan pocketbike berskala besar sebagai langkah meneruskan kesinambungan sukan dua roda ke arah permotoran.
Presiden The M8 Cycling Club, Datuk Seri Wan Mohd Muzri Ramli, berkata, pihaknya akan berbincang mengenai hala tuju pelumba pushbike untuk memasuki platform perlumbaan motosikal seperti MiniGP.
Dalam masa terdekat, M8 akan mengadakan acara 'Come & Try' bagi pelumba pushbike.
Ia beri peluang kepada pelumba merasai pengalaman menunggang pocketbike sempena Pusingan 4 Kejuaraan MiniGP Malaysia Ogos nanti.
Pada perlumbaan M8 International Pushbike GP Series di Langkawi, pasukan M8 Malaysia berjaya meraih kejayaan dalam lima daripada sembilan kategori bersaing dengan peserta dari Indonesia, Thailand dan Singapura