fb fb fb fb fb

Pengurusan KLFA optimis mampu selesaikan tunggakan KWSP pemain secepat mungkin

pemangku Presiden Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA), Datuk Abdullah Sani Abd Hamid

KUALA LUMPUR, 19 Julai-Pengurusan pasukan Kuala Lumpur City FC optimis isu tunggakan pembayaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) para pemain akan diselesaikan secepat mungkin.

Menurut pemangku Presiden Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA), Datuk Abdullah Sani Abd Hamid, usaha itu sedang giat dilakukan dan dalam proses untuk diselesaikan.

"Kita akan pastikan buat penyelesaian cara terbaik supaya tak terpalit dengan kemelut undang undang yang wajib dan sewajarnya dilakukan oleh klfa dan insyaallah perkara ini akan kita selesaikan secepat mungkin", katanya demikian dalam satu sidang media yang diadakan di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras pada Jumaat.

Sebelum ini,terdapat laporan tular mengatakan pasukan itu mengalami tunggakan pembayaran KWSP sebanyak RM700,000.

Tambahnya, tunggakan gaji membabitkan ketua pasukan, Paulo Josue, pula dalam fasa proses perbincangan untuk memastikan ia dapat dilunaskan.

Baru-baru ini, Josue secara terbuka mendedahkan masalah tersebut apabila tidak mendapat gaji selama tujuh bulan.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD