fb fb fb fb fb

Piala Dunia Paintball: Thunderstorm bawa cabaran negara

Foto RTM

KUALA LUMPUR, 19 Julai-Pasukan paintball wanita, Thunderstorm akan mewakili Malaysia di Kejohanan Piala Dunia Persekutuan Paintball (UPBF) di Dreux, Perancis Ogos depan.

Thunderstorm yang dipimpin oleh Ketua pasukan, Nurul Salwa Kamarul Zaman itu akan berada di Dreux dari 28 Ogos hingga 1 September untuk persediaan.

Menurutnya, penyertaan mereka pada Piala Dunia bukan sekadar pelengkap jadual sebaliknya mahu mencabar kejuaraan, sekali gus membuktikan pemain paintball wanita Malaysia juga mampu bersaing dengan negara kuasa besar sukan ekstrem itu.

Selain bertanding dalam kategori wanita, Thunderstorm turut akan menyertai Divisyen Empat bersama lebih daripada 20 pasukan lain dari Eropah.

Kejohanan ini menampilkan lima kategori utama termasuk lelaki, wanita, veteran, B-19, dan B-16, serta NXL Eropah 2024 dengan tujuh divisyen melibatkan lebih daripada 50 pasukan.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD