fb fb fb fb fb

Olimpik Paris 2024, perkampungan atlet telah dibuka

Foto Reuters

SEINE-SAINT-DENIS, 19 Julai- Perkampungan atlet bagi Olimpik Paris 2024, sukan terbesar dunia itu, telah dibuka bagi menyambut kedatangan kumpulan pertama atlet dan pegawai pasukan.

Antara kontinjen pertama yang tiba adalah Australia dan Brazil.

Lokasi perkampungan itu terletak di Daerah Seine-Saint-Denis di luar Paris, berkeluasan 52 hektar dan mempunyai 82 bangunan.

Ia akan menempatkan para atlet sepanjang Olimpik yang akan berlangsung dari 26 Julai hingga 11 Ogos.

Dalam pada itu, tempat penginapan rasmi temasya berkenaan juga akan menampung sejumlah beberapa ribu kakitangan terlibat.

Arena kebangsaan Perancis, Stade de France, yang terletak di Saint-Denis, akan menjadi tuan rumah bagi pertandingan olahraga dan majlis penutup Sukan Olimpik.- REUTERS

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM