SINTOK, 4 September- Menjelang Sukan Institutsi Pengajian Tinggi SUKIPT 2024 di Universiti Utara Malaysia UUM bermula 6 hingga 14 September ini.
Kontinjen UUM kini bersedia hadapi temasya dwitahun itu dengan menyasarkan 15 pingat emas daripada 28 acara sukan dipertandingkan.
Antara acara yang disandarkan emas adalah golf, karate, taekwondo dan memanah.
Menurut Naib Canselor UUM Profesor Datuk Dr Mohd Foad Sokdan, kali ini UUM menghantar seramai 317 atlet terdiri daripada 186 atlet lelaki dan 131 atlet wanita.
"Kita menyasarkan acara golf sebagai satu acara yang kita harap menjadi lubuk utama emas kita pada kali ini begitu juga dengan acara-acara yang lain yang mana kita telah pun susun atur dengan sasaran lebih kurang 15 emas,"katanya.
Beliau ditemui RTM selepas majlis Penyerahan Bendera Kontinjen UUM di Stadium UUM yang dihadiri Ketua Kontinjen UUM Prof. Dr Ahmad Martadha yang juga Timbalan Naib Canselor UUM Hal Ehwal Pelajar dan Alumni Baharu .
Sebanyak 28 acara dipertandingkan dengan 19 acara di UUM manakala sembilan acara berlangsung di Perlis iaitu di Unimap ,Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin dan Majlis Sukan Negeri Perlis
74 kontinjen dengan lebih 6,000 atlet mengesahkan penyertaan pada temasya kali ini.
Universiti Putra Malaysia UPM merupakan juara dua edisi berturut-turut iaitu pada 2018 dan 2022.