fb fb fb fb fb

Paralimpik Paris 2024 : Hasrat Suresh hadiah pingat tidak kesampaian

S. Suresh ketika beraksi menentang pemanah Iran, Mohammad Reza Arab Ameri. - FOTO BERNAMA

PARIS, 4 SEPTEMBER - Hasrat atlet memanah negara, S. Suresh untuk menghadiahkan pinggat untuk negara tidak kesampaian.

Ini selepas beliau gagal pada pusingan penyingkiran 1/8 acara recurve terbuka lelaki di Invalides.

Saingan yang berlangsung di vanue Invalides menyaksikan beliau berusaha memberikan saingan dalam temasya berkenaan.

Suresh bermula baik apabila mendahului set pertama 2-0.

Bagaimanapun saingannya, Mohammad Reza Arab Ameri yang beraksi dengan kerusi roda bangkit pada tiga set berikutnya, menundukkan Suresh.

Khamis lepas, Suresh menamatkan pusingan ranking pada kedudukan ke-12 selepas mencatatkan 625 mata, memperbaharui catatan terbaiknya di Republik Czech pada saingan Ranking Memanah Para Dunia, iaitu 596 mata, Jun lepas.

Trainee2