fb fb fb fb fb

Sukan SEA Kemboja: Shalin, Sharon dilantik sebagai Timbalan CDM

(Datuk Shalin Zulkifli dan Sharon Wee)

KUALA LUMPUR, 17 Februari- Bekas pemain tenpin boling negara, Datuk Shalin Zulkifli dan bekas pemain skuasy, Sharon Wee di lantik sebagai Timbalan Chef de Mission kontinjen negara ke Sukan SEA Kemboja 2023 yang akan berlangsung pada 5 hingga 17 Mei ini.

Perkara tersebut diumumkan Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tan Sri Mohamad Norza Zakaria.

Jelas Tan Sri Mohamad Norza, pelantikkan kedua-dua bekas atlet tersebut adalah tepat kerana mereka mempunyai pengalaman luas dalam kejohanan peringkat antarabangsa.

"Saya rasa pengalaman Datuk Shalin dan Sharon akan dapat membantu CDM, Datuk Mohd Nasir Ali dan juga atlet-atlet, bagi saya kedua-dua mereka ini sangat memahami kesusahan dan cabaran yang dialami kontinjen.

"Jadi saya harap, mereka akan bersama-sama CDM turun ke lapangan untuk membantu atlet,"katanya.

Sementara itu Majlis Eksekutif MOM turut melantik bekas pemain badminton, Ang Li Peng, sebagai Chef de Mission untuk temasya Sukan Komanwel Remaja VII di Trinidad and Tobago pada 4 hingga 11 Ogos 2023.

Beliau berkata demikian kepada media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Eksekutif Olimpik Malaysia (MOM) ke-204 yang berlangsung di Akademi Badminton Malaysia.


(Sidang media oleh Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tan Sri Mohamad Norza Zakaria)

Media Baharu