(Lionel Messi / AFP)
BARCELONA, 17 Februari- Bapa Lionel Messi yang juga wakilnya, Jorge Messi berkata semalam bahawa anaknya itu tidak mungkin akan kembali bermain buat Barcelona.
Pemain berusia 35 tahun itu bersama Paris Saint-Germain pada musim 2021 selepas kelab Catalan itu tidak dapat memperbaharui perjanjian berikutan peraturan 'financial fair play' La Liga.
"Saya tidak fikir begitu, keadaannya tidak betul," kata Jorge Messi ketika ditemui wartawan di lapangan terbang Barcelona.
Katanya dia sudah bercakap dengan Presiden Barcelona, Joan Laporta mengenai perjanjian dan Messi "masih ada kontrak dengan Paris Saint-Germain."
Perjanjian Messi bersama PSG akan tamat pada musim panas dan ketika ini dia masih belum bersetuju dengan syarat baharu.
"Dalam hidup banyak perkara boleh berlaku," kata Jorge Messi, apabila ditanya sama ada dia mahu melihat anaknya kembali bersama Barcelona.
(Bapa Lionel Messi yang juga wakilnya, Jorge Messi/ AFP)
Penyerang Argentina itu yang menang Piala Dunia pada Disember, menyertai Barcelona pada usia 13 tahun dan bergelar legenda kelab.
Messi menang 35 trofi bersama Barcelona sambil menjaringkan rekod 672 gol dalam 778 perlawanan membabitkan semua kejohanan. - AFP