fb fb fb fb fb

Sukan SEA Kemboja 2023: Skuad Berbasikal MTB sasar satu pingat emas dan dua gangsa

(FOTO RTM)

KUALA LUMPUR, 30 Januari-Skuad berbasikal MTB kebangsaan sasar satu pingat emas dan dua gangsa mampu di bawa pulang pada Sukan SEA Kemboja yang dijadual berlangsung di Phnom Penh, Mei ini.

Pengurus pasukan MTB, Mohd Saiful Abdul Jalil berkata sasaran itu realistik, memandangkan pada edisi lepas, skuad tersebut berjaya membawa pulang satu emas dan dua gangsa.

Pasukan tersebut kini memberi fokus kepada acara yang baharu di perkenalkan tuan rumah iaitu acara berganti-ganti merentas desa campuran.

"Pasukan ini dipecahkan kepada dua pasukan bagi menjalani latihan di Malaysia dan Indonesia. Pada bulan Mac kita akan berkumpul untuk ke Vietnam sebelum menyertai beberapa pertandingan di luar negara", ujarnya kepada media selepas Mesyuarat Prapemilihan Sukan SEA Kemboja di Wisma OCM.

Tambahnya lagi, pasukan berkenaan merancang untuk menyertai kejohanan di Turkiye pada Fabruari dan Piala Thai pada Mac ini.

 


(Pengurus pasukan MTB, Mohd Saiful Abdul Jalil/FOTO RTM)

Media Baharu