fb fb fb fb fb

Sukan SEA Hanoi : Skuad golf lelaki hadiahkan pingat emas ke-24

(FOTO BERNAMA)

HANOI, 18 Mei - Skuad golf berpasukan lelaki negara menghadiahkan kilauan emas ke-24 buat Malaysia selepas menumpaskan Thailand dengan keputusan 2-1 dalam aksi final Sukan SEA Hanoi.

Ini menjadi emas kedua disumbangkan kem golf negara selepas Ervin Chang merangkul emas bagi acara individu.

Mata skuad lelaki negara masing-masing disumbangkan Ervin dan Rhaasrikanesh Kanavathi.

Ervin cemerlang mencatat birdie pada lubang ke-17 menewaskan Weerawish Narkprachar untuk menyumbang mata pertama.


(Foto fail)

Manakala mata kedua diperoleh Rhaasrikanesh selepas beliau cemerlang mencatat birdie pada lubang ke-18 mengenepikan Pongsapak Laopakdee.

Seorang lagi pemain golf negara, Marcus Lim Pang tunduk kepada Ratchanon Chantananuwat.

Ini sekali gus menjadi detik bersejarah buat pasukan golf lelaki negara, selepas kali terakhir memenangi pingat emas pada tahun 2001.

Sementara itu skuad wanita negara meraih pingat perak selepas tewas kepada Thailand di final.

Jeneath Wong dan Mirabel Ting tewas 1.5-0.5 kepada atlet Thailand.

Media Baharu