fb fb fb fb fb

Al-Jufferi dedah hasrat undur diri, beri tumpuan pada keluarga

(GAMBAR FAIL)

SEPANG, 18 Mei - Jaguh silat negara, Mohd Al-Jufferi Jumari mengakui akan bersara selepas menyertai Kejohanan Silat Dunia yang akan diadakan di Melaka pada Julai depan.

Jelas Al-Jufferi, keputusan itu dibuat kerana mahu memberi tumpuan kepada keluarganya, selain membuka peluang buat pesilat-pesilat muda mengambil alih tempatnya.

(Al Jufferi ditemui selepas pulang daripada kejohanan Sukan SEA 2021 Hanoi di
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di Sepang)

"Untuk pengetahuan semua, ini adalah sukan sea terakhir saya dan kejohanan dunia terakhir saya di bulan tujuh nanti di melaka. Keputusan ini muktamad sebab saya sudah berjanji bahawasanya jika saya menghadapi kecederaan yang teruk di bahagian lutut dan bahu saya akan berhenti," katanya ketika ditemui selepas pulang daripada kejohanan Sukan SEA 2021 di Hanoi, Vietnam

Tambah Al-Jufferi, dia tidak bercadang untuk menceburi bidang kejurulatihan kerana menganggap tugas tersebut amat mencabar.

Pesilat berusia 30 tahun itu sebelum ini kecewa apabila tersingkir di separuh akhir kelas F kategori 70 hingga 75 kilogram di tangan atlet Singapura.

Kali terakhir dia meraih emas ialah pada edisi 2017 di Kuala Lumpur.

Media Baharu