fb fb fb fb fb

Sukan SEA Hanoi : Mike tepati ramalan, rangkul emas ‘Men's Athletics Physique'

HANOI, 13 Mei - Atlet bina badan negara, Mohd Syarul Azman Mahen Abdullah menepati ramalan apabila meraih  emas  Men's Athletics Physique’ pada Sukan SEA ke-31 di Pusat Latihan dan Pertandingan Sukan Hanoi.

Juara dunia kategori Athletics Physique empat kali berturut-turut sejak 2016 yang lebih mesra disapa Mike, menewaskan empat peserta lain dengan atlet tuan rumah Tian Nguyen Minh meraih perak manakala wakil Thailand Pong Pala gangsa.

Lebih manis, kejayaan diraih Mike itu hadir pada penampilan pertamanya di Sukan SEA sekali gus membantu kem bina badan negara mencapai sasaran membawa pulang satu pingat emas pada temasya sukan dwitahunan itu.

Pada aksi final, seorang lagi atlet negara Ahmad Faiz Ariffin terlepas peluang mengiringi Mike di podium selepas menamatkan saingan di kedudukan keempat.

Sementara itu, kem bina badan negara menutup cabaran di Hanoi dengan merangkul satu pingat gangsa menerusi Walvern Abdullah-Kok Gong Tai dalam kategori Pasangan Campuran.

 

Media Baharu