fb fb fb fb fb

Sukan SEA 2027: Pulau Pinang peruntuk RM15 juta anjur sukan snuker dan biliard

Foto BERNAMA

GEORGE TOWN, 26 November - Pulau Pinang memperuntuk RM15 juta bagi penganjuran sukan snuker dan biliard pada Sukan SEA 2027 di negeri itu.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Kesihatan, Daniel Gooi Zi Sen optimis keputusan itu akan menjana ekonomi tempatan, terutama menerusi pelancongan, penjualan tiket dan penajaan korporat.

Dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, beliau berkata penganjuran dijangka melibatkan Akademi Billiard dan Snuker Wilayah Utara, Bayan Baru.

"Kerajaan telah menghantar permohonan untuk sukan snuker dan billiard bertempat di Wilayah Utara di Bayan Baru kepada Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

Akademi ini ada kemudahan sukan yang lain, kemudahan di lokaliti dan kemudahan ekonomi setempat yang strategik."

Beliau menjawab soalan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machang Bubok, Lee Khai Loon berkenaan penganjuran sukan dwitahunan itu.

Malaysia bersetuju menerima tawaran daripada Persekutuan Sukan SEA (SEAGF) untuk menjadi tuan rumah.

Pulau Pinang baru-baru ini bersetuju menerima tawaran sebagai hos bersama dengan Sarawak.

Trainee2