fb fb fb fb fb

Kemelut kewangan KDA FC akan diselesaikan segera

Pemilik KDA FC, Tan Sri Mohd Daud Bakar

ALOR SETAR, 25 November - Kemelut kewangan pasukan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) akan diselesaikan dengan segera.

Jaminan itu diberikan pemilik pasukan itu, Tan Sri Mohd Daud Bakar.

Beliau berkata fokus tertumpu kepada mencari peluang untuk bangkit semula dan menyusun pendanaan kewangan pasukan Sang Kenari itu.

"Memang banyak masalah yang dihadapi oleh pasukan Kedah yang kita semua tahu dan mungkin Kedah tidak berkeseorangan dalam isu ini. Cuma kita mahu fokus bagaimana hendak menambahkan dana.

"Mengurangkan perbelanjaan, mungkin apa-apa yang boleh kita jimatkan, kita akan lebih berhemat untuk bangunkan semula pasukan kita," katanya kepada pemberita di sini.

Beberapa bekas pemain Kedah turut menyuarakan harapan agar kemelut yang berlaku dapat diselesaikan dan KDA FC akan terus menumpukan perlawanan yang berlangsung.

Jumaat lalu Skuad Hijau Kuning memenangi perlawanan pusingan pertama Piala Malaysia dengan mengalahkan KL City FC, 3-2 di Stadium Darul Aman.
 

Trainee2