fb fb fb fb fb

Dua aksi pemanas badan menjelang Piala Dunia Hoki Dalam Dewan 2025 di Croatia

V. Jayanandhan ditemui selepas Mesyuarat Jawatankuasa Kerja (JKK) di Majlis Sukan Negara / Foto RTM

KUALA LUMPUR, 26 November - Skuad hoki dalam dewan lelaki negara akan mengadakan beberapa aksi persahabatan sebagai persiapan menghadapi Piala Dunia Hoki Dalam Dewan 2025 di Porec, Croatia, awal tahun hadapan.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Konfederasi Hoki Malaysia (KHM), V. Jayanandhan, menerusi rancangan badan induk sukan itu ianya merupakan aksi pemanas badan melibatkan perlawanan berdepan pasukan ranking dunia lebih baik iaitu Austria dan Belgium.

"Kita akan bermain dengan Austria di Austria sahaja, dengan pasukan lain, kita akan bermain di Porec.

Pada awalnya kita ada dua perlawanan, satu di Australia. Tetapi kita akan ke Porec lebih awal untuk menentang Belgium dan mungkin Namibia," katanya selepas Mesyuarat Jawatankuasa Kerja (JKK) di Majlis Sukan Negara.

Skuad hoki lelaki negara diundi dalam Kumpulan B bersama Argentina dan Iran dalam saingan yang akan berlangsung pada 3 hingga 9 Februari tahun depan.

Trainee2