(Foto MSN)
BUKIT JALIL, 16 November- Majlis Sukan Negara (MSN) yakin kontinjen negara mampu meraih pencapaian lebih baik dalam temasya Sukan SEA 2023 di Kemboja berbanding edisi di Hanoi, Vietnam, Mei lepas.
Keyakinan itu disuarakan Timbalan Ketua Pengarah MSN (Strategik), Suhardi Alias.
Jelas beliau, kontinjen negara telah membuat persediaan awal termasuk melaksanakan pemilihan atlet pada Mac 2020 bagi mengharungi temasya dwitahunan yang dijadual berlangsung 5 hingga 17 Mei 2023.
"Ada beberapa komponen yang kita akan lihat terutamanya sukan-sukan yang menunjukkan pencapaian luar biasa pada Sukan Sea yang lepas di Hanoi Manakala sukan yang tidak menunjukkan capaian yang membanggakan kita tidak akan berputus asa. Kita akan beri bantuan untuk bangkit membawa cabaran negara," kata Suhardi dalam Perhimpunan Atlet Fasa 1 Sukan SEA Kemboja 2023 di sini.
Sasaran pingat hanya dapat diumumkan sebulan sebelum edisi ke-32 itu bermula.
(Suhardi ketika ditemu bual media pada Perhimpunan Atlet Fasa 1 Sukan SEA Kemboja 2023)