fb fb fb fb fb

Majlis Kecemerlangan Sukan UniSZA 2022: 73 atlet universiti terima 'durian runtuh'

KUALA NERUS, 16 November- 73 atlet yang juga pelajar Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) menerima insentif keseluruhan berjumlah RM26,000 bagi menghargai pencapaian mereka di pentas kejohanan sukan sepanjang tahun ini.

Mereka diraikan dalam satu Majlis Kecemerlangan Sukan UniSZA 2022.

Pada majlis tersebut Pelajar Ijazah Sarjana Muda Pengimejan Perubatan, Iman Aisyah Norazam menjadi penerima insentif tertinggi iaitu RM5,400 susulan kejayaan meraih pingat emas dan gangsa acara memanah Sukan Universiti Asean 2022 di Ubon Ratchattani, Thailand.

Menurut Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Madya Datuk Dr. Mohd Hafiz Yusoff penghargaan itu penting bagi meningkatkan lagi motivasi dalam kalangan pelajar UniSZA.

"Kira daripada segi pencapaian, kita masih bergerak ke arah yang lebih baik, tapi bagi saya 2022 ini adalah satu platform yang sangat cemerlang buat UniSZA dan juga semua atlet-atlet UniSZA," katanya di sini.

(Prof. Madya Datuk Dr. Mohd Hafiz Yusoff)

Media Baharu