(Datuk Seri Reezal Mericanketika sesi panggilan video
bersama Lee Zhi Jia di cawangan Wisma UMNO Kepala Batas)
KEPALA BATAS, 16 November - Kesibukan berkempen tidak menghalang calon Parlimen Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican cakna dengan perkembangan semasa sukan negara.
Beliau meluangkan masa kira-kira 15 minit berbual bersama pemain badminton perseorangan utama negara, Lee Zii Jia menerusi panggilan video.
Ketika sesi perbualan video itu, Datuk Seri Reezal sempat bertanya persiapan pemain di ranking ke-2 dunia menghadapi kejohanan Terbuka Australia di Sydney.
Kedua-dua mereka sempat memberi kata-kata semangat antara satu sama lain apatah lagi Zii Jia anak kelahiran Alor Setar, Kedah.
"Awak perlu dapat kedudukan lapan teratas untuk layak ke kejohanan Akhir Jelajah Dunia (di Bangkok),jadi saya harap awak mara ke separuh akhir atau final (Kejohanan Terbuka Austalia), dan perbaiki kedudukan ranking," katanya ketika sesi panggilan video bersama Lee Zhi Jia di cawangan Wisma UMNO di sini, hari ini.
(Datuk Seri Reezal Mericanketika sesi panggilan video
bersama Lee Zhi Jia di cawangan Wisma UMNO Kepala Batas)
Sementara itu, Zii Jia mengucapkan terima kasih kepada Datuk Seri Reezal yang banyak memberikan semangat dan dorongan kepadanya ketika memegang jawatan sebagai Menteri Belia dan Sukan dari tahun 2020 hingga 2021.
"Saya sangat menghargai Datuk Seri Reezal kerana beliau tetap menyokong saya ketika saya masih dan tidak bersama Persatuan Badminton Malaysia (BAM). Walaupun beliau bukan lagi Menteri Sukan tetapi kami tetap menghubungi antara satu sama lain dan saya amat hargai itu," katanya kepada pemberita melalui panggilan video.
Zii Jia akan menyertai Terbuka Australia di Sydney yang sedang berlangsung pada 15 hingga 20 November ini.
Kejohanan ini cukup penting buat pemain berusia 24 tahun itu dalam misi layak ke saingan akhir Jelajah Dunia di Guangzhou, China pada 14 hingga 18 Disember.