fb fb fb fb fb

Sukan SEA Hanoi: Malaysia waspada ancaman Laos, Myanmar dalam acara E-sukan MLBB

SEPANG, 16 Mei- Kapten skuad e-sukan Mobile Legends Bang Bang (MLBB) negara, Wan Usman Wan Imran enggan memandang mudah cabaran Laos dan Myanmar dalam kumpulan A.

Jelasnya, ini kerana kedua-dua negara itu mempunyai kemampuan untuk melakar kejutan.

Selain Laos dan Myanmar, skuad negara juga diramal berdepan cabaran sukar daripada Filipina yang juga merupakan kuasa besar dalam permainan itu.

"Untuk Sukan SEA kali ini kita tak nafikan yang sertai semua bagus-bagus, semua negara pun bagus dan kita pun perlu berjaga-jaga juga dengan strategi mereka. Kita hanya buat dengan apa yang kita dah rancang dan kita hanya main seperti apa yang kita dah 'plan', " kata Wan Usman.


(Kapten skuad e-sukan MLBB,Wan Usman Wan Imran)

Pasukan MLBB negara sebelum ini berjaya membawa pulang pingat gangsa pada edisi 2019 di Filipina

Media Baharu