fb fb fb fb fb

Sasaran 36 pingat emas masih mampu dicapai- Ti Lian Ker

KUALA LUMPUR, 16 Mei- Masih belum masanya untuk menekan butang panik walaupun peluang Malaysia untuk mencapai sasaran 36 pingat emas hanya tinggal kira-kira seminggu lagi.

Keyakinan itu diluahkan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ti Lian Ker yang optimis dengan kemampuan kontinjen negara.

Menurut beliau, Malaysia masih lagi ada kekuatan dalam sukan lain seperti gimnastik, badminton dan sebagainya.

Sebelum ini, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menetapkan sasaran 36 emas, 35 perak dan 75 gangsa ke atas kontinjen negara yang dipimpin Datuk Nur Azmi Ahmad.

Ketika ini kontinjen negara sudah pun mengutip 17 pingat emas, 17 gangsa dan 39 pingat perak.

Sukan Sea edisi-31 di Hanoi Vietnam akan melabuhkan tirai secara rasmi pada 25 Mei ini.


(Perarakan kontinjen Malaysia ketika upacara pembukaan rasmi temasya Sukan SEA Hanoi di Stadium Nasional My Dinh, Hanoi/ BERNAMA)

Media Baharu