fb fb fb fb fb

Sukan Paralimpik: Liek Hou sedia pertahankan pingat emas

Jaguh badminton para negara, Cheah Liek Hou/Foto RTM

KUALA LUMPUR, 15 Ogos-Jaguh badminton para lelaki negara, Cheah Liek Hou juga optimis akan mengekalkan pingat emas beliau pada temasya Paralimpik Paris 2024 yang bakal berlangsung pada 28 Ogos hingga 8 September depan.

Atlet berusia 36 tahun itu menyatakan ketika ini beliau berada ditahap terbaik bagi menghadapi sukan terbesar dunia berkenaan.

Liek Hou menyifatkan persiapan kali ini sangat baij dengan segala bantuan dan fasiliti yang diberikan kepadanya.

"itulah saya kata persedian ke Sukan Paralimpik Paris ini sangat bagus sebab rakan 'sparing' kita bukan sahaja satu malahan dua player yang lebih bagus daripada kita dia ada seperti Aidil Soleh.

"Saya berharap sampai situ kondisi saya.Itu yang saya risau sebab kondisi saya. Kalau kondisi saya bagus dan kalau tidak ada apa-apa gangguan dari mana-mna sahaja ataupun semua jalan dengan lancar saya harap saya boleh mempertahankan pingat emas", katanya demikian ketika ditemui RTM di sini.

Terdahulu, Liek Hou muncul juara Kejohanan Empat Negara Para Antarabangsa 2024 di Glasgow, Scotland bulan lepas dan dijangka dapat meneruskan momentum kecemerlangannya untuk membutirkan emas di Paris kelak.

Pemain berusia 36 tahun itu muncul pemenang emas sulung acara badminton para, selepas menundukkan pencabar utamanya dari Indonesia Anrimusthi Dheva pada perlawanan akhir edisi Tokyo 2020.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD