fb fb fb fb fb

Paralimpik Paris: Noor Askuzaimey enggan letak sasaran tinggi, elak tekanan

Atlet paralimpik sukan Boccia, Noor Askuzaimey Mat Salim/Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 14 Ogos - Atlet paralimpik sukan Boccia, Noor Askuzaimey Mat Salim enggan meletak sasaran terlalu tinggi pada penampilan kali ini.

Beliau yang menduduki ranking ke-13 dunia tidak mahu meletakkan diri dalam tekanan sekali gus mengganggu prestasi.

"Saya pun tak nak fikir apa-apa sangat sebab games itu dah semakin dekat betul jadi saya cuba untuk kawal diri saya untuk bertenang dan juga tidak terlalu tertekan.

"Saya tak berani nak letak apa-apa sasaran. Saya cuba buat yang terbaik dan yakin diri dengan diri saya," katanya kepada RTM.

Atlet berusia 39 tahun itu mengharumkan nama negara, apabila berjaya merangkul pingat emas dalam Kejohanan Wilayah Asia-Oceania Boccia Dunia 2023 di Hong Kong Disember lalu.

Pada aksi final acara BC-4 wanita itu, beliau melakar kejutan ke atas wakil Thailand, Nuanchan Phonsila dengan keputusan 3-2.

GRACE AISYAH KEDAYAN