KUALA LUMPUR, 14 Ogos - Tiada sebarang sasaran pingat diletakkan buat skuad boccia negara pada Sukan Paralimpik Paris 2024 kali ini.
Ketua Jurulatih, Aiman Hafizi Abu Bakar berkata, ini susulan skuadnya kali ini dibarisi ramai muka baharu.
Bagaimanapun, beliau tetap optimis, anak buahnya mampu pamer aksi terbaik di Paris.
"(Mereka) atlet baharu ini, pengalaman baharu...jadi sasaran kami tidaklah terlampau tinggi atau rendah.
"Kami akan cuba buat yang sebaik mungkin. Untuk makluman ini pun agak mencabar juga sebab kita kurang pendedahan dari segi Europe jadi yang hanya ada pengalaman dari segi asia," katanya.
Pada edisi kali ini, skuad boccia negara akan diwakili Lee Chee Hoong, Abdul Razzaq dan Noor Askuzaimey.
Temasya 2020 di Tokyo menyaksikan, atlet paralimpik boccia, Chew Wei Lun menyumbang pingat Perak selepas tumpas kepada atlet Britain, David Smith.