fb fb fb fb fb

Bapa bintang bola sepak Sepanyol parah akibat ditikam

Foto www.timesnownews.com

MADRID,15 Ogos-Bapa bintang bola sepak dalam pembikinan Sepanyol, Lamine Yamal parah setelah ditikam dalam satu pergaduhan.

Memetik sumber akhbar berbahasa Sepanyol, La Vanguardia melaporkan Mounir Nasroui berada dalam keadaan stabil.

Nasroui dilaporkan ditikam beberapa kali di sebuah parkir kereta di Mataro selepas bergaduh dengan beberapa orang lelaki ketika bersiar-siar di kawasan berkenaan.

Serangan berkenaan dikatakan berlaku di kejiranan Rocafonda, Mataro kira-kira 30 kilometer (km) di utara Barcelona iaitu kawasan tempat Yamal dibesarkan.

Polis tempatan Catalan yang dipercayai menyiasat kes tersebut belum mengesahkan kejadian secara rasmi mahupun menjawab permintaan AFP untuk maklumat kejadian.

Sementara itu, La Vanguardia berkata pihak polis telah melancarkan tangkapan terhadap mereka yang terlibat dalam kejadian tersebut.

Yamal yang membuat penampilan bersama Barcelona pada usia 15 tahun menjadi watak penting kepada Sepanyol ketika menjulang kejuaraan Euro 2024 baru-baru ini.-AFP

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD