fb fb fb fb fb

Sukma 2024: Sarawak ikat pasukan Wilayah Persekutuan

Tuan rumah Sukan Malaysia (Sukma), Sarawak dan Wilayah Persekutuan sekadar berkongsi satu mata selepas seri satu sama dalam aksi Kumpulan D yang berlangsung di Stadium Mukah, pada Rabu

MUKAH, 15 Ogos - Tuan rumah Sukan Malaysia (Sukma), Sarawak dan Wilayah Persekutuan sekadar berkongsi satu mata selepas seri satu sama dalam aksi Kumpulan D yang berlangsung di Stadium Mukah, di sini pada Rabu.

Dalam aksi tersebut, Wilayah Persekutuan membuka jaringan pada minit ke-28 menerusi Muhammad Shahrul Aikal Mohamad Nasir.

Bagaimanapun kedudukan tersebut tidak kekal lama apabila Sarawak berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-59 hasil jaringan Mohammad Faris Mohd Faidillah.

Ketika ini Sarawak berada di kedudukan ketiga Kumpulan D dengan satu mata kurang tiga mata daripada Wilayah Persekutuan yang menghuni tempat kedua.

Pendahulu menjadi milik Perak yang telah mengumpul enam mata selepas dua perlawanan berlangsung.

Sementara itu, Ketua Jurulatih Sarawak, Awangku Shahbuddin Pengeran Abu Bakar mengakui, formasi 3-4-3 yang dirancang awal kurang menjadi sekali gus memaksa pihaknya menukar taktikal dengan membuat beberapa pertukaran pemain pada separuh masa pertama.

"Kami tukar corak permainan, kami banyak melakukan hantaran jauh sebab pemain Kuala Lumpur yang di tengah itu bagus dari segi teknikal, jadi kita tidak boleh melepasi mereka dan kita guna hantaran jauh untuk hantar bola ke kawasan pertahanan," katanya.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN