fb fb fb fb fb

Sukan Olimpik 2036, Mexico tarik diri daripada jadi tuan rumah

Foto Fail

BANDAR MEXICO, 17 Januari- Mexico mengumumkan menarik diri daripada bidaan untuk menjadi tuan rumah Sukan Olimpik 2036.

Menurut Jawatankuasa Olimpik Mexico, keputusan tersebut dibuat kerana persaingan untuk penganjuran Olimpik 2036 terlalu sengit.

Ketika ini Korea Selatan, India, Mesir dan Qatar turut melahirkan hasrat untuk menjadi tuan rumah Olimpik 2036.

Sebelum ini, Bekas Menteri Luar Mexico, Marcelo Ebrard mengumumkan hasrat negara itu untuk menjadi tuan rumah Olimpik 2036 pada Oktober 2022.

Mexico pernah menjadi tuan rumah Sukan Olimpik Musim Panas pada 1968.

Dalam pada itu, Presiden Majlis Olimpik Mexico, Maria Jose Alcala berkata negara itu akan menimbangkan untuk membida menjadi tuan rumah Sukan Olimpik Belia.- REUTERS

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM