DOHA, 18 Januari -Juara bertahan dan tuan rumah Piala Asia 2023 mengesahkan tempat ke pusingan 16 terbaik selepas menundukkan Tajikistan 1-0 pada perlawanan kedua Kumpulan A pada Rabu.
Pada aksi yang berlangsung di Stadium Al Bayt itu menyaksikan Qatar mendominasi permainan sejak wisel pertama ditiupkan.
Hasilnya skuad bimbingan Marquez Lopez berjaya mendahului permainan seawal minit ke-17 menerusi pemain sayap kiri,Akram Afif.
Asakan demi asakan dilancarkan tuan rumah dengan memperoleh enam percubaan tepat berbanding Tajikistan yang meraih tiga percubaan.
Tiada tambahan jaringan terhasil hingga tamat perlawanan.
Pemain tengah Tajikistan, Amadani Kamalov turut menjadi pemain pertama dilayangkan kad merah pada edisi kali ini selepas mengasari Ahmed Al Ganehi di minit ke-81.
Skuad The Maroons bimbingan Marquez Lopez kini mengumpul 6 mata dan dijadualkan bertemu China pada Isnin depan.
Sementara itu, satu lagi pertembungan kumpulan A menyaksikan, China sekali lagi mencatat keputusan seri apabila menamatkan aksi tanpa sebarang jaringan bertemu Lubnan.
Pasukan menghuni ranking ke-79 dunia itu gagal merobek gawang lawan meskipun memiliki 60 peratus penguasaan bola.
China berada dibelakang pendahulu, Qatar dengan mengumpul hanya dua mata.