fb fb fb fb fb

MFL tolak rayuan Kelantan FC

FOTO RTM

KUALA LUMPUR, 18 Januari - Kelantan FC terpaksa melupakan hasrat untuk kekal dalam saingan Liga Super musim 2024-2025 selepas Liga Bolasepak Malaysia (MFL) menolak rayuan kelab itu bagi Lesen Kebangsaan.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Rayuan Pelesenan Kelab MFL, Mohamad Yasin Abdullah, keputusan itu dibuat dalam mesyuarat pada Rabu, selaras dengan Artikel 3.4.4 yang termaktub dalam Peraturan Pelesenan Kelab MFL Edisi 2023.

Kelab dari Pantai Timur itu, sebelum ini mengemukakan rayuan kepada jawatankuasa tersebut berikutan keputusan First Instance Body (F-I-B) yang telah menolak permohonan Lesen Kebangsaan kerana masalah kewangan.

Pada 1 Januari lepas, Pengerusi FIB, Sheikh Mohd Nasir Sheikh Mohd Sharif mengumumkan bahawa Kelantan tidak layak bertanding dalam Liga Super 2024-2025 kerana gagal memperoleh Lesen Kebangsaan sebelum tarikh akhir 31 Disember 2023.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD